Tuesday, 30 July 2013

Kuatkan Jantung Hatimu

Bila cerita tak lagi ceria
Makin terpendam lukisan jantung hati
Kian membakar jiwa
Amat dalam luka yang ku rasa
Senada iman ku simpan derita
Kuatkan hati bersimpuh pada Nya

Hidup ini
Bak miniti jambatan bara 
Jalan yang mana harus aku lalui ?
Adakah mungkin, untukku menghindari?
Jiwaku resah, apakah kesudahan hidup ini
Kecewa ataupun bahagia

Iman,

Jangan kau  merekah
Seperti  dedaun kekeringan
Digenggam ia rapuh,
Bertebaran gugur kebumi.


Biarpun di gulung gelombang
Biarpun kini kehilangan sebuah harapan
Biarpun penuh kehampaan,
Tiada lagi bermaya bak cinta yang terkubur
Walaupun impian dalam kekaburan

Selagi bersinar mentari
Tiada gentar diuji
Ku tempuhinya kerana cinta Jihad membara
Ku tetap yakin padamu Tuhan